Doa adalah senjata umat Islam. Saya beranggapan doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat. Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.
Contohnya, seorang wanita berdoa dan meminta kepada Allah agar dia ditemukan jodoh dengan kekasih hati, tetapi dia ditinggalkan oleh kekasih hati. Disinilah redha itu perlu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Mungkin wanita itu inginkan kebahagiaan dan lelaki itu bukanlah orang yang boleh membahagiakannya.
Kenapa ia digelar senjata orang Islam. Doa mampu memberi kekuatan yang tidak terjangkau oleh akal. Doa mampu menghapuskan kesedihan, kedukaan dan ketakutan. Doa yang dibaca ketika berduka adalah doa yang tulus. Doa yang dibaca dengan penuh tulus akan menerbitkan satu motivasi dalam diri individu yang berdoa.
Kelebihan doa dalam Islam, sesiapa sahaja boleh meminta terus kepada Penciptanya. Selalunya doa yang dibaca sendiri akan menerbitkan pengharapan yang lebih. Inilah yang menjadikan rasa tenang dalam diri individu yang berdoa kerana ia luhur dari hati, tanpa rasa malu untuk meminta dan melepaskan segala-galanya yang terbuku dalam hati. Dan ini seterusnya menerbitkan sifat kehambaan yang mendalam.

0 comments:
Post a Comment