Thursday, December 29, 2011

ReZeKi mEnJaDi LuAs JIKA......



Saya teringat pesan seorang ustaz yang berjaya. Katanya: "Kalau kau
rasa kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."

Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah.

Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.. Kena pulak
sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia.

Alhamdullilah lepasdia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas. Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.


Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih
kenyang dan puas.Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya
kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan
kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan,nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat 272).


Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

Nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan Betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa..........
Semoga kita semua mendapat manfaat...insyallah

Tuesday, December 27, 2011

CANTIK vs TAMPAN

Apa yang ada dikepala anda ketika seseorang menyebut anda ‘cantik’,takpun lawa,comel (sah untuk perempuan sahaja) manakala "tampan" ,kacak,hensem (semestinya untuk untuk lelaki sahaja)? Apa perasaan anda ketika itu??

Senang, suka,gembira, bahagia, berbunga-bunga, mungkin itu yang anda rasakan.

Apalagi kalau kata-kata itu keluar dari seseorang yang memang anda harapkan untuk mengucapkannya.


Fuhhh... bukan main rasanya!!!!!

'Cantik' ( secara fizikal ) menurut kamus diertikan sebagai indah, elok, rupawan, menarik atau manis dan sedap dipandang. Tidak pula dijelaskan secara terperinci yang bagaimana yang sedap dipandang itu, apakah hidung mancung dengan bibir tebal? Atau hidung biasa dengan bibir kecil? Itu semua terpulang pada setiap individu.

seindah hiasan adalah wanita solehah

Cantik itu memang relatif. Definisi kecantikan selalu berubah menurut waktu dan tempat. Sebahagian mengatakan orang yang berkulit putih itu cantik, sementara sebahagian yang lain pula mengatakan yang cantik adalah yang berkulit sawo matang. Sebahagian lagi berpendapat orang cantik itu adalah yang tinggi seperti para model, padahal ada sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang comel itu adalah orang yang kecil 'kiut-miut'. Ada juga orang yang mengatakan bahawa yang bermata sepet itu cantik, dan ada orang yang mengatakan cantik kepada seorang orang yang bermata besar.

Setiap orang mungkin mempunyai definisi masing-masing tentang apa itu cantik dan apa itu tampan, dan takde seorangpun yang boleh kita paksa untuk menerima definisi ' cantik ' menurut kehendak kita.

Namun jika kita renungkan lebih jauh, tidak selalu pujian itu mengatakan perkara yang sebenarnya. Ianya sangat bergantung kepada orang yang mengucapkan, keadaan ketika kata itu terlontar, ekspresi wajah dan gerak tubuh dari si pemuji, konteks kalimah itu sendiri, kalimah yang mengiringi pujian itu, dan sebagainya.

Boleh jadi seseorang menyebut kita cantik hanya untuk menghibur hati yang sedih, atau ingin mengambil hati untuk sesuatu sebab, atau malah ingin menyindir, atau memang kerana perkara itu adalah suatu kebenaran.

Jangan besar kepala ketika ada seseorang yang menyanjung kita dengan pujian cantik atau tampan..
Jangan pula berkecil hati ketika tidak pernah ada yang memuji kita seperti itu.

Bukankah itu semua adalah ujian. Apakah kecantikan ( atau ketidakcantikan ) itu akan membawa kita lebih dekat kepadaNya, ataukah justeru akan menjadi fitnah besar yang menyeret kaki kita ke jurang kenistaan.

Ketika pujian itu terlontar, ucapkanlah ' Alhamdulillah ' kerana memang segala pujian itu hanya layak ditujukan kepadaNya, Sang Penyempurna segala kejadian. Lalu, segeralah beristighfar! Kerana pujian itu boleh jadi akan melintaskan rasa sombong ( walaupun mungkin orang lain tidak melihat kesombongan itu ). Segeralah beristighfar!!

Sementara ketika pujian itu tidak juga terlontar, atau justeru terlontar kepada orang selain kita, ucapkanlah juga ' Alhamdulillah ' Kerana mungkin Allah sedang hendak menguji rasa syukur kita. Rasa syukur atas apa yang ada, juga rasa syukur atas kesempurnaan kejadian kita.

Ingatkan firmanNya;
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya ). "
Q.S At-Tiin : 4


Berbahagialah kalian ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tapi terutama hati dan akhlak kita. Kerana kecantikan fizikal pasti akan berkurang seiring dengan bertambahnya usia. Tetapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang disekeliling kita.

" Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadian ( fizikal ) ku, maka perindah pulalah akhlakku. "HR. Ahmad

Wallahua’lam....

Saturday, December 24, 2011

NiLaI ErTi sEbUaH gAmBaR



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih bernyawa kita di muka bumi yang penuh tipu daya ini...

Bagaimana kita hari ini??sihatkah??alhamdulillah juga jika diberi kesihatan yang baik...bagi yang tidak cukup sihat ucaplah alhamdulillah kerana Allah telah memberikan kamu nikmat kesakitan...


Sudah makankah kita hari ni??ke terlebih makan..Syukur alhamdulillah kerana Allah masih bermurah hati untuk memberi nikmat selera,nikmat rasa dan nikmat kenyang...Kalau belum makan(mana tau kan sibuk study ke,kerja ke) ucaplah alhamdulillah juga kerana Allah telah memberi anda rase nikmat kelaparan itu..

just nak berkongsi satu gambar yang sangat besar nilainya bagi orang yang betul2 memahami.....Subhannallah...sungguh kita Hamba yang mudah lupa pada nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita..

Berapa kali sehari kita menadahkan kesyukuran kepada Allah??
Berapa kali pula kita mengeluh mengenangkan nasib kite yang malang sedikit pd arini??
Sungguh kita beribu2 kali beruntung dari mereka...So,nape kita masih x berpuas hati dengan ape yang kita miliki dan kita mahu lebih lagi dr sehari ke sehari.......Subhannallah..Maha Suci Allah yang menduga keimanan hambaNya dalam bentuk yang berbeza-beza.......


Jadi,jika kita sakit sedikit arini ingatlah ada orang sudah bertahun tahun terlantar di katil kesakitan...Jika kita x sempat makan lagi arini,ingatlah ada orang yang dah beberapa ari tidak menyentuh walau secubit mkanan....


Kekadang Allah menyempitkan hidup kita...
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan dan memberi kesenangan...
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya...
Supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain dari-Nya!
Gunakan lah kesenangan yang diberikan kepada kamu kejalan yang diredhai nya....


Moga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang sentiasa bersyukur.......

Monday, December 12, 2011

:: TaZkIrAh BuAt YaNg bErGeLaR mUsLiMaH ::

...mUsLiMaH hArI EsOk...


BUAT SAUDARA MUSLIMAHKU...
Alangkah indahnya jika kita sebaik Siti khatijah
dapat menguatkan suami dengan harta dan cinta
untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah

Alangkah indahnya
Jika kita sepemurah Siti Aisyah
Mencari-cari walaupun sebiji kurma
Untuk disedekahkan Di jalan Allah

Alangkah indahnya
Jika kita seperti Rabia'tul Adawiyah
Mengintai cinta suci sepi dinihari
Aku menyembah bukan mengharapkan syurgaMu
Bukan jua kerana takutkan siksa nerakaMu tetapi,
Kerana rinduku kepadaMu
Juga kerana cintaku kepadaMu... Ahh....insan yang lemah...

dipetik dari tazkirah buat muslimah hari esok:
Dr yusuf qardhawi...

sama-sama kita cuba islah diri walaupun ianya agak sukar..namun ana jua mengharapkan agar ana dan muslimah2 semua mampu mencontohi mereka2 muslimah yang dijanjikan syurga oleh Allah...Aminn

......DoA KU pAnJaTkAn......



Wahai Allahku dengan keghaiban ilmuMu
dengan KekuasaanMu atas segenap ciptaanMu
hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurutMu
dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurutmu.

Wahai Allahku,
kurniakan kepadaku rasa rasa takut kepadaMu
baik dalam keadaan samar mahupun terang
Aku memohon kepadaMu perkataan yang benar dan lurus
di saat marah dan reda
Aku mohon kepadaMu, kewujudan tujuan
di saat miskin dan kaya
Aku mohon kepadaMu anugerah nikmat yang tiada pernah habis
Aku pinta kepadaMu permata hati yang tidak terputus
Aku mohon kepadaMu perasaan rela menerima ketentuan takdirMu
serta kedinginan (kedamaian) hidup selepas kematian
Aku mohon kepadaMu supaya mampu melihat wajahMu yang Mulia,
serta kerinduan untuk bertemu denganMu
tanpa ada yang menghalangi diriku
Aku mohon kepadaMu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidupku

Wahai Allahku,
rahmatilah diriku dengan kebaikan iman
hiasilah diriku dengannya.

Wahai Allahku,
berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau beri petunjuk.

Ameen Ya Rabb..

[ Ammar Ibn Yasir: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW melantunkan doa ini]

Saturday, December 10, 2011

TiAdA yAnG iNdAh MeLaInKaN "CINTA ALLAH"

CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.



Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.
Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta. 
Cinta ALLAH adalah
cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.

Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta ALLAH. 

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan
cinta agung ALLAH. 

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan ALLAH. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.
 

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya." 

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak." 

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.
 

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.
 

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.
 

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut ALLAH kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.
 

Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.
 

Selain itu, jika hendak dapat
cinta ALLAH seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam. 

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.
 

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.
 
Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah: 
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
 
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
 
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
 
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.
 

Justeru, hendak dapat
cinta ALLAH ialah dengan merenung ayat ALLAH. Merenung ayat ALLAH maknanya merenung kejadian yang ALLAH ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya. 

ALLAH sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana ALLAH jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.
 

Kemudian bagaimana ALLAH jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.
 

Semua ini akan mendekatkan kita kepada ALLAH. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan ALLAH.
 

Maka jika kita
cinta kepada ALLAH maka ALLAH pasti akan membalas semula cinta kita. wallahualam...
....Tiada KEREHATAN bagi SEORANG PEJUANG melainkan KEMATIAN....