Saturday, January 28, 2012

*AyAt-AyAt CiNtA*

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
kata-kata cinta
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Sunday, January 15, 2012

~DoA~

Doa adalah senjata umat Islam. Saya beranggapan doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat. Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Contohnya, seorang wanita berdoa dan meminta kepada Allah agar dia ditemukan jodoh dengan kekasih hati, tetapi dia ditinggalkan oleh kekasih hati. Disinilah redha itu perlu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Mungkin wanita itu inginkan kebahagiaan dan lelaki itu bukanlah orang yang boleh membahagiakannya.





Kenapa ia digelar senjata orang Islam. Doa mampu memberi kekuatan yang tidak terjangkau oleh akal. Doa mampu menghapuskan kesedihan, kedukaan dan ketakutan. Doa yang dibaca ketika berduka adalah doa yang tulus. Doa yang dibaca dengan penuh tulus akan menerbitkan satu motivasi dalam diri individu yang berdoa. 

Kelebihan doa dalam Islam, sesiapa sahaja boleh meminta terus kepada Penciptanya. Selalunya doa yang dibaca sendiri akan menerbitkan pengharapan yang lebih. Inilah yang menjadikan rasa tenang dalam diri individu yang berdoa kerana ia luhur dari hati, tanpa rasa malu untuk meminta dan melepaskan segala-galanya yang terbuku dalam hati. Dan ini seterusnya menerbitkan sifat kehambaan yang mendalam.

Saturday, January 7, 2012

MuLaKaN sEtiAp PeKeRjAaN dEnGaN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....



Pekerjaan seseorang itu akan menjadi cacat jika tidak dimulakan dengan menyebut bismillahirrahmanirrahim.... kalimah bismillah ini mempunyai makna yang sangat besar daripada Allah yang menurunkan kitab. Kalimah ini mempunyai maksud Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  



Kenapa kita perlu menyebut bismillah??

1.Sentiasa mengingatkan kita terhadap pencipta kita iaitu Allah SWT.
2.Mengingatkan kita terhadap asal tujuan penciptaan manusia.
3.Menjadikan setiap apa yang kita lakukan adalah sebagai ibadah.
4.Mencegah kita daripada melakukan perkara mungkar dan perkara yang dilarang oleh Allah.

MasyaAllah, betapa besarnya manfaat menyebut nama Bismillah. Diharapkan kita semua dapat mengamalkan perkara yang mudah ini, InsyaAllah. Semoga kita semua akan beroleh rahmat dan hidayahNya dengan menjadikan setiap amalan kita sebagai ibadah. InsyaAllah ganjaran yang besar akan menanti kelak bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.